Make your own free website on Tripod.com

MBR | Syukbah | Al-Mubarak | Perkhidmatan | Khutbah Online | Kuliah Online | Pustaka | Bantuan |        2002  

Firman Allah S.W.T :..." maka berlumba-lumbalah kamu pada membuat kebaikan ....." (Al-Baqarah : 148)      Sabda Nabi SAW : " Sesiapa membangunkan (memakmurkan) masjid kerana Allah, maka Allah membuat pula baginya rumah seperti itu si Syurga " (H.R Muslim)
5 Cara Eratkan Perkahwinan



1. Elak tuduh-menuduh

Suami isteri perlulah menumpukan perkara yang baik-baik sahaja ketika
berbincang. Elakkan dari tuduh-menuduh. Situasi begini seolah-olah mereka bermusuh antara satu sama lain dan bagaimana keharmonian rumahtangga boleh diwujudkan kalau saling tuduh-menuduh dan bertengkar.

Sebenarnya pasangan begini memang mempunyai minat yang sama kepada
sesetengan barang tetapi disebabkan mereka hanya menceritakan perkara yang tidak baik semata-mata maka yang baik dan romantis hilang begitu
sahaja.

2. Jangan ungkit perkara lama

Jangan bangkitkan perkara yang lepas-lepas. Biarkan yang lepas itu
menjadi bahan untuk renungan bersama. Memang kadang-kadang suami atau
isteri melemparkan kata-kata kesat yang melukakan dalam pertengkaran. Ianya
tidak harus diulang-ulang tentang perkara itu apabila setiap kali
bertengkar dan menjadikannya sebagai isu untuk memanjangkan pertengkaran.
Perkara seumpama itu anggaplah sebagai suatu yang tidak disengajakan.

3. Segera memaafkan

Suami isteri mesti sentiasa bermaaf-maafan antara satu sama lain supaya
rasa kasih sayang itu sentiasa segar.

Jangan amalkan perangai yang suka membangkitkan sesuatu perkara itu
berpuluh malah beratus kali untuk menguatkan hujah. Perkara yang berlalu
biarlah berlalu.

4. Remeh temeh

Soal yang remeh temeh janganlah dijadikan punca pergaduhan. Sikap
bertolak ansur haruslah menjadi asas yang utama dalam keluarga.

Ada sesetengah pasangan bergaduh kerana soal kecil seperti menyediakan
sarapan pagi, rumah bersepah, anak menangis dan sebagainya. Jika di
hari-hari lain isteri menyediakan sarapan, tidak salah sekiranya sesekali
suami pula yang menyediakan sarapan sendiri.

Soalnya bukan kerana tanggungjawab menguruskan makan minum suami itu
tugas isteri yang melaksanakan tetapi sikap timbang rasa suami.

5. Jangan ambil kesempatan

Isteri janganlah pula mengambil kesempatan atas suami. Sebaliknya kedua
belah pihak perlu bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain.
Kalaulah isteri yang bekerja dan anak nakal, apa salahnya suami yang
menyediakan sarapan sendiri.

Manakala isteri janganlah pula mengambil kesempatan menggunakan peluang
ini sengaja malas menyediakan sarapan untuk suaminya. Bagi si suami
pula tidak dinafikan kerja-kerja begini adalah merumitkan. Tambahan pula
sikap ego suami memang ada.

Kadang-kadang dia lebih rela makan di kedai dari menyediakan sarapan
untuk dirinya sendiri. Isteri haruslah memahami dan cuba sedaya upaya
menjalankan tugasnya dengan baik supaya suami senang hati dan tidak
bergaduh kerana perkara remeh temeh. 


 
 

 

 

 

 

ENGLISH VERSION
Kenali MBR
Misi
Sejarah Masjid
Jawatankuasa
Syukbah
Panel Masjid
Berita
Buku Pelawat
Hubungi Masjid
Wajah Masjid
Khidmat
Al-Mubarak
Program Kuliah
One Stop Centre
Diskaun Ahli
Pustaka MBR
 
Aktiviti Bergambar
Arkib Khutbah
Arkib Kuliah
Info Islam
Soal-jawab Agama
Kertas Kerja
Fungsi Masjid
Link MBR
 
JHEAINS
JAKIM
Unit M-Media JAKIM
JAKIM Caw Sabah
Masjid Brunei DS
Masjid Canada Add
Koleksi Nasyid
Bacaan Al-Quran
Islam On-Line WDC
Thai Islamic
TRUTH
Kolej Islam YALA
News Online
Berita Harian
Utusan Online
SabahNet Headlines
BERNAMA
The Star
Daily Express
Nanyang Siang Pau



 

Lihat Buku Lawatan

Isi Buku Lawatan


Dipersilakan untuk bersama dalam Diskusi MBR  


 

 

Anda adalah pelawat web ini yang ke :

2002 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Hak Cipta Terpelihara
Rekabentuk dan Pentadbiran Laman Web Unit Multimedia