Make your own free website on Tripod.com
 

MBR | Syukbah | Al-Mubarak | Perkhidmatan | Khutbah Online | Kuliah Online | Pustaka | Bantuan                                       

Firman Allah S.W.T :..." maka berlumba-lumbalah kamu pada membuat kebaikan ....." (Al-Baqarah : 148)      Sabda Nabi SAW : " Sesiapa membangunkan (memakmurkan) masjid kerana Allah, maka Allah membuat pula baginya rumah seperti itu si Syurga " (H.R Muslim)
Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili

 


Zainab Al GhazaliDilahirkan pada 1917, Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat. Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam di samping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani. Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur: "Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan
.

Bagi menggambarkan semula pengalaman beliau sewaktu berada di dalam penjara Regim Jamal Abdul Nasser, beliau telah menulis satu buku yang amat popular iaitu "Return of the Pharaoh: Memoir in Nasir's Prison"

Ulasan buku: "RETURN OF THE PHAROAH relates how, falsely accused of conspiring to kill jamal 'Abd al-Nasir the president of Egypt in 1965 , the author was arrested and imprisoned. While awaiting trial she was subjected to the most terrible and inhuman torture. This book describes in a captivating manner the ordeal which this Muslim activist went thorugh in the notorious Egyptian prison. Instead of dampering her enthusiasam for Islam and the Islamic movement , the afflications and savageries in Nasir 's prisons increased her commitment and dedication to the cause of Islam. This autobiographical work can be considered a historic document in that its author was an aactive withness to one of the most volatile periods of Egypt's contemporary history."

 


 

 
Kenali MBR
Misi
Sejarah Masjid
Jawatankuasa
Syukbah
Panel Masjid
Berita
Buku Pelawat
Hubungi Masjid
Wajah Masjid
Khidmat
Al-Mubarak
Program Kuliah
One Stop Centre
Diskaun Ahli
Pustaka MBR
Foto Aktiviti 2000
Foto Aktiviti 2001
Arkib Khutbah
Arkib Kuliah
Info Islam
Soal-jawab Agama
Kertas Kerja
Fungsi Masjid
Link MBR
JHEAINS
JAKIM
Masjid Canada Add
Koleksi Nasyid
Bacaan Al-Quran
Islam On-Line WDC
Thai Islamic
TRUTH
Kolej Islam YALA

Hantar Kad Ucapan

 

Kekinian Web : April 1, 2002
2002 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Hak Cipta Terpelihara
Rekabentuk dan Pentadbiran Laman Web Unit Multimedia