Pengenalan
 

 

 

 
 
 
 
 

 

 

Masjid ini mendapat nama sebagai Masjid Bandaraya Kota Kinabalu adalah sesuai dengan kedudukannya sebagai masjid yang terbesar di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Walaupun masjid ini lebih besar daripada Masjid Negeri yang terletak di Sembulan, namun tarafnya hanyalah sebagai masjid utama Bandaraya Kota Kinabalu, manakala Masjid Negeri terus kekal dengan tarafnya sebagai masjid utama negeri Sabah.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di kawasan yang bukan saja indah kerana di kawasan lapang pesisiran pantai dan berhadapan dengan pemandangan laut samudera dan pulau-pulau, tetapi juga berada di tengah-tengah kawasan para jemaah dan kawasan perkampungan Likas, kompleks bangunan-bangunan pejabat dan komersil Likas, Yayasan Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaysia Sabah dan lain-lain. Masjid ini akan ditadbir di bawah sebuah Jawatankuasa, iaitu gabungan para profesional dalam pelbagai bidang dan para ulama dan pendakwah bagi memantapkan fungsi masjid ini selaras dengan keperluan hari ini. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeni Sabah akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan masjid ini dan masa ke masa.

Beberapa sudut pemandangan luar dan dalam masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah. In menjadikannya kelihatan begitu unik, indah dan mengkagumkan.

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid ini dibina di atas tapaknya hari ini adalah daripada kesungguhan ikhtiar serta cetusan ilham dan cadangan Allahyanham Tun Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Said bin Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-7.
Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan pesisir air laut Kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini
mula ditimbus pada bulan iulai 1 989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini diikuti dengan kerja-kerja Penyediaan Tapak bermula pada bulan September 1 990 dan siap pada bulan Jun 1991. Kerja-kerja Menanam Cerucuk dimulakan pada 22 Jun 1 992 dan skip pada 23 Mac 1 993.

Projek berkenaan tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan dan teknikal. Bagaimanapun, berkat kesungguhan pimpinan Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1994, maka projek berkenaan mendapat peruntukan yang sewajarnya untuk diteruskan. Dengan ini barulah kerja-kerja pembinaan bangunan dan kerja-kerja sivil masjid berkenaan dapat dimulakan. Bagaimanapun, projek berkenaan menghadapi pelbagai masalah pengurusan dan teknikal menyebabkan kerja-kerja pembinaannya terganggu dan berjalan secara perlahan. Mulai 1 Januari 1 996, pelaksanaan projek berkenaan dipindahkan daripada pengurusan Majlis Ugama Islam Sabah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Pemindahan ini juga menimbulkan masalah teknikal sampingan. Bagaimanapun, apabila semua masalah projek berkenaan dapat diselesaikan, maka barulah kerja-kerja pembinaan masjid tersebut dapat dipercepatkan dan berjalan dengan licin mulai pertengahan tahun 1997 dan siap pada akhir tahun 1999.

 

 

© Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu
Tel: 01280221066, 0198811811, 0128028600, 088-302635